Monday, 24 February 2014
Hujan Batu di Negeri Sendiri [Chapter 2 : Part 3]
"Kenapa aku ada kat sini?!"
Haikal genggam erat kedua tangan Katarina, matanya merah, suaranya jelas bercampur dengan tangisan kesedihan.
"Kenapa aku boleh tercampak ke zaman ni? Aku tak kenal sapa-sapa kat sini! Aku takde apa-apa kat sini! Aku dah ada life aku! Aku ada kawan-kawan aku! Keluarga aku! My study! Sekarang semuanya dah hilang! Kenapa aku kat sini? Semua yang aku usahakan, semua yang aku ada, semuanya takde kat sini!!"
Haikal tunduk lalu jatuh melutut. Dia menangis.
"Ini semua mimpi. Kenapa... kenapa... Apa yang aku nak buat kat sini? Apa yang aku nak buat... Aku tak kenal sapa-sapa kat sini... Aku taktau macam mana nak hidup kat sini... Aku tak tahu..."
"Aku dah takboleh balik... mustahil... mustahil... aku dah hilang semua... mama... papa... aku nak balik..."
Katarina perlahan-lahan menarik kedua-dua lengan Haikal agar kembali berdiri. Tiba-tiba Haikal merenung tepat matanya membuatkan Katarina terkejut lalu melepaskan pegangannya.
"Awak... awak mesti tahu cara nya, cara saya nak balik ke zaman saya. Awak please please bagitau saya, bagitau saya cara nak pulang ke zaman saya. Awak mesti tahu, please pulangkan saya ke zaman saya..." Haikal merayu sambil memegang jari Katarina seeratnya.
Katarina melutut. Dia menyentuh lembut pipi Haikal.
"Awak... saya taktahu..." sayu Katarina membalas.
"Awak tipu! Awak tahu! Awak mesti tahu macam mana saya boleh tercampak ke zaman ni, saya dengar awak cakap tadi ini Melaka 400 tahun sebelum saya lahir, macam mana awak tahu saya datang dari 400 tahun zaman akan datang??" Haikal meninggi suara.
Katarina membisu seketika. Kemudian perlahan-lahan Katarina bersuara.
"Sebab sebelum awak... ada orang lain datang ke zaman ni...dia juga datang dari 400 tahun zaman akan datang... Dia kawan awak... Dia kenal awak. Dia tahu awak akan datang ke zaman ni."
"Siapa?? Siapa dia?"
Tiba-tiba, di atas lorong jalan yang sama, berhampiran mereka berdua, muncul sekumpulan lelaki tegap berjalan menghampiri mereka berdua. Hujan perlahan-lahan reda. Anehnya, dalam sekumpulan lelaki Portugis yang memakai baju kemeja lengan beropol-ropol ini, ada seorang lelaki Melayu berambut ikal dengan gaya baju yang sama. Lelaki Melayu ini kelihatan ceria dan bersemangat apabila melihat Haikal.
Hujan berhenti.
Lelaki Melayu ini berlari ke arah Haikal lalu menjerit dengan ceria, "Haikal!!!! Wah, kau ada kat sini!! Wah!!"
"Faiz? Kenapa kau ada kat sini?"
"Haikal, hehehe... kau mesti suka duduk kat sini. Best wo! Huhu cuba..."
Tidak sempat Faiz menghabiskan ayatnya, Haikal menumbuknya sekuat hati. Tumbukan demi tumbukan. Haikal geram melihat Faiz yang gembira berada di zaman ini.
"Best?!!! Best?!! Best kepala bana kau!!! Aku nak balik rumah aku!! Aku nak life aku balik!!" jerit Haikal yang betul-betul kecewa dengan Faiz, kecewa kerana Faiz seolah-olah tidak mahu kembali ke dunia asal mereka.
Lelaki-lelaki Portugis yang datang bersama Faiz tadi berlari untuk masuk campur, tetapi apabila mereka ditenung tajam Katarina, mereka menghentikan langkah mereka, melihat sahaja Faiz ditumbuk tanpa henti.
Faiz memejamkan matanya, jarinya digenggam membentuk penumbuk, lalu perlahan-lahan dia membuka jari telunjuknya lalu menunjuk ke arah dada Haikal. Tiba-tiba Haikal berhenti mengasak Faiz. Mukanya pucat. Suara tersekat. Kemudian dia menggelumpur di atas tanah. Jari Haikal mencakar-cakar dadanya sendiri.
Faiz bangun perlahan-lahan, kemudian memegang kepala Haikal dengan kemas, dia membisik sesuatu pada telinga Haikal.
"Aku pun nak balik ke tahun 2009, balik ke zaman kita. Tapi... please trust me. I promise. Aku akan bawa kita dua balik ke zaman kita. I promise... but now..."
Tiba-tiba Faiz menjerit, "Tido!!" kemudian dia menumbuk tepat dahi Haikal. Tumbukan padu dan Haikal pun pengsan.
Monday, 17 February 2014
Sambungan - Hujan Batu di Negeri Sendiri [Chapter 2 : Part 2]
Fortaleza de la Malacca... .... 1588 Masihi
Oh cinta. Bacalah isi hati ku.
Bacalah kesemua rahsia di dalam hati ku.
Ya, ingin sekali aku luahkan segalanya padamu. Melalui mulut ku sendiri.
Tetapi aku takut. Takut pada reaksimu.
Lidahku pasti kelu jika aku mula bicara segala yang tersimpan di dalam hati ku.
Jadi cintaku, bacalah isi hati ku.
Lalu fahami aku.
Lalu moga kita dapat bersama, selamanya.
Bisik hati gadis Portugis berambut merah, yang sedang menarik lengan Haikal, di dalam sebuah kota, di atas sebatang jalan.
Jalan batu yang di mana kiri dan kanan jalan ini ada rumah teres dua tingkat, beratapkan jubin.
Rumah teres yang bersambung-sambung membentuk satu blok bangunan yang panjang. Berdinding putih dan dindingnya rata dari tingkat atas ke tingkat bawah, jika tiada tingkap dan pintu pasti kita akan menganggap blok bangunan teres ini hanya setingkat. Jarak antara satu tingkap ke satu tingkap juga agak seragam. Tingkap kayu berbentuk petak.
Sambil memayungi dirinya dan Haikal, gadis berambut merah ini terus menarik lengan Haikal, memimpin Haikal agar Haikal terus berjalan. Jika dia melepaskan pegangan tangannya, pasti Haikal akan berdiri tunduk mengenang nasib, berdiri terdiam membatukan diri.
"Nama saya Katarina," gadis berambut merah memperkenalkan dirinya sambil tersenyum, senyum untuk menceriakan suasana. Tetapi Haikal masih tunduk pilu.
"Awak nampak tak bangunan-bangunan di atas puncak bukit tu, di situ ada Gereja Besar. Lereng bukit tu pula ada Fortaleza Velha dan menaranya, nampak kan menara tinggi tu? Pastu belakang sana ada kolej untuk Jesuit." senyum Katarina sambil menunjuk-nunjuk bangunan yang jauh di sebelah kanannya.
Melihat Haikal masih tunduk tidak bermaya, Katarina menarik lengan Haikal untuk meneruskan perjalanan mereka. Perlahan-lahan mereka berjalan meredah hujan.
"Awak di sini awak kena hati-hati. Walaupun keadaan sekarang lebih aman berbanding tahun-tahun lepas, tapi masih ramai yang berdendam. Ada juga orang-orang yang sentiasa bersedia... untuk ambil kesempatan." Air muka Katarina mula berubah, tidak lagi tersenyum.
"Ada beberapa nama yang awak perlu tahu, dan berhati-hati. Emm... dulu Kota Melaka ni dijaga oleh Kapitan Besar. Tapi dah lama dah Melaka tak ada Kapitan Besar nya sendiri."
"Jadi, bila Melaka tidak ada Kapitan Besar, sekarang Kota Melaka dijaga oleh Gabenor Estado India sendiri, Tuan Manuel de Sousa Coutinho. Kami panggil dia Tuan Manuel. Cepat mesra dan manis mulut orangnya."
"Oh untuk pengetahuan awak, Gabenor Estado India ialah jawatan yang sangat tinggi, kerana tanah-tanah Portugis di Macau, Madagaska, India, Kolombo, Melaka, Ternate, Solor, semuanya di bawah jagaan Tuan Manuel." jelas Katarina dengan bangga.
Melihat air yang mengalir keluar dari mata Haikal, Katarina berhenti meneruskan langkah. Hati Katarina mula sebak. Dia cuba untuk memahami perasaan Haikal. Dia cuba.
"Awak... ingat baik-baik ye nama-nama yang saya beritahu ni." Katarina menarik nafas panjang.
"Jadi, apabila pemerintah rasmi Kota Melaka ni berada sangat jauh dari Melaka, nun jauh di Goa India, maka sekarang, Melaka diperintah secara tidak rasmi oleh Bishop."
"Orang yang paling berkuasa di Melaka sekarang ialah Tuan Joao Ribeiro Gaio, Bishop Kota Melaka."
Subscribe to:
Posts (Atom)