Wednesday, 18 December 2013

Teaser 6 Anomali Epal Hitam


Bangi, Selangor... June 2009



2 bulan sudah berlalu. Haikal banyak termenung akhir-akhir ini. Dia dah kembali dengan selamat ke tahun yang sepatutnya dia berada, kembali ke tahun 2009.



Kembali ke tahun 2009, memang itu sahaja lah yang dia cari, yang dia minta, yang dia hajati sepanjang pengembaraan dia bersama Faiz dan Bayu.



Dia tahu apa yang Faiz cari dari satu zaman ke satu zaman. Sense of belonging. Tahun 2009 ni Faiz dibuang kekasih, gagal dalam pelajaran, tiada duit. Love, Knowledge, Money. Kasih sayang, Ilmu, Duit. Tiga benda ini lari tinggalkan Faiz. Jadi tiga benda inilah yang Faiz cari.



Akhirnya sekarang, Faiz dapat satu ilmu yang sangat istimewa dan duit yang tidak akan habis.



Bayu? Lelaki ini sangat pelik. Dia ikut Haikal dan Faiz kerana tok gurunya menyuruh dia mengembara. Masalahnya dia tidak mahu mengembara merentas lautan seperti adik beradik segurunya yang lain, tetapi hendak merentas masa seperti Faiz dan Haikal. Dia hendak mencabar kemampuan dirinya, menjadi yang terhebat sepanjang zaman.



Bagi Haikal, dia hanya mahukan kehidupan normal dia kembali. Cukup, itu sahaja. Haikal mahu hidupnya normal, tenang, seperti kehidupan seorang pelajar kolej tahun 2009, yang normal. Ada internet, ada kereta, ada futsal, ada astro, ada PES, ada Dunhill, tiada lagi bertaruh nyawa, tiada lagi makanan pelik-pelik, tiada lagi bau pelik-pelik, tidak perlu lagi memerah otak mencari tempat untuk tidur dan membuang.



Hakikatnya, walaupun dia dapat apa yang dia hajati sekarang, hati dia tetap tidak tenang.



Sambil menyalakan sebatang Dunhill, dia mula mengimbas kembali pertarungan terakhir mereka bertiga. Dia tidak sangka Gerbert sekuat itu. Tapi syukur selepas Gerbert mati, semuanya sudah berakhir. Tiada lagi pertarungan sampai mati. Segalanya sudah berakhir. Semuanya kembali normal!



Tetapi kenapa hatinya masih tidak tenang.



Sekarang dah sebulan cuti semester, cuti semester terakhir untuk pelajar tahun akhir sepertinya. Sebulan sebelum itu dia cuba cari Faiz. Rumah keluarga Faiz terbakar. Semua ahli keluarga Faiz dah pergi meninggalkan dunia ini. Tinggal Faiz seorang. Tetapi Faiz nya di mana?



Selepas habis cuti semester, Haikal akan ke Latihan Industri. Haikal minta yang dekat-dekat sahaja. Dia dah puas keliling dunia.



"Maafkan saya, boleh tak awak hentikan lamunan awak? Ia agak membosankan saya. Saya hampir tertidur 2 kali."



Dulu Haikal sungguh teruja dan tidak sabar untuk menjalani Latihan Industri. Jika segalanya berjalan lancar dia akan mendapat Degree, dalam bidang Biomedical Engineering. Jika segalanya berjalan lancar, dia akan ke Russia untuk menyambung pelajaran sehingga mendapat pangkat Doktor. Itulah yang dijanjinya pada kakak angkatnya, yang sedang menunggunya di Russia. Tetapi itu dulu. Sekarang...



"Maafkan saya. Pemikiran awak membosankan saya. Tolong berhenti."



Haikal terkejut. Seperti ada orang bercakap di dalam hati nya. Tetapi di ruang tamunya ini tidak ada orang lain, hanya dia.



"Cibai mana kau? Keluar sebelum aku dapat kau." herdik Haikal.



Sekelip mata muncul lelaki 'mat salleh' putih, botak, tegap, otot biseps yang berketul-ketul duduk di sebelahnya. Mengingatkannya pada pelakon Van Diesel.



Sesaat itu Haikal mengeraskan jari telunjuknya memacu laju untuk menikam leher lelaki 'mat salleh' itu dan sesaat itu juga lelaki 'mat salleh' ini menangkap tangan Haikal.



"Hah. You able to stop me! Very good. Siapa kau?" Haikal teruja.



"Izinkan aku memperkenalkan diri. Aku Kenneth Johnson, boleh panggil aku Kenny. Aku dari Council of Habsburg."



Berkerut dahi Haikal apabila mendengar Council of Habsburg, "Council of Habsburg tu nama tempat atau nama organisasi?"



"Hah? Awak tak pernah dengar tentang Council of Habsburg? Come on. Kamu kan legend. Semua orang di Council of Habsburg asyik cerita tentang kamu, tetapi kamu tidak tahu langsung pasal Council of Habsburg?"



Haikal diam.



"Kau kenal Lady Milena, Lady Katarina, dan Sir Euthymius?"



"So? Apa kaitan?"



"Mereka bertiga ahli Council of Habsburg. Lady Milena ialah boss saya. Dia arahkan saya untuk jemput awak."



Sebak hati Haikal mendengar nama Lady Milena. Gadis yang berjaya mengubah Haikal dan Faiz menjadi insan yang lebih baik, memberi sokongan ketika mereka berdua lemah, memberi petunjuk ketika mereka berdua sesat, tetapi ketika Lady Milena berdepan dengan kematian, mereka berdua hanya mampu melihat, hanya mampu melihat, sehingga gadis itu menghembuskan nafas terakhir, dan mereka berdua... hanya mampu melihat.



"Jangan risau, dia masih hidup. Oh maafkan saya. Saya boleh baca fikiran."



"Apa? Mustahil. Macam mana?"



"Ini lagi penting, Faiz sekarang dalam bahaya. Dia perlu pertolongan kita. Kita akan selamatkan dia."



"Faiz? Dia kat mana? Kenapa dengan dia?"



"Untuk pendekkan cerita, dia terperangkap dalam kenangan manis sepanjang kehidupan dia."



"Watdefakk is that?" Haikal cuba memahami situasi Faiz.










No comments: