Wednesday, 3 October 2012

Teaser 2: Fortaleza de la Malacca (Part 2)

Hospital Confraria da Misericordia, Kota Melaka... 

Pedro Escobar, guru yang menjaga Faiz dan Haikal di zaman ini sedang sibuk memeriksa tahap kesihatan anak-anak dara Portugis yang baru tiba dari Lisboa. 

Anak-anak dara ini kemudian akan dikahwinkan dengan pegawai-pegawai, pedagang, kelasi, dan soldadu Portugis yang berkhidmat di Melaka.

Jumlah gadis muda yang tiba kali ni lebih ramai dari biasa, dua buah kapal, jadi untuk hari ni Pedro tidak dapat meluangkan masa untuk mengajar Faiz dan Haikal. 


Tetapi...

Tetapi gerak hati dia mengatakan yang sesuatu buruk akan berlaku, dan anak-anak muridnya perlukannya.


Hilir Melaka...

Haikal menggenggam tangan sambil mengingati semua yang telah diajar oleh Pedro Escobar. Dia melukis dua bulatan imaginasi di udara, kemudian menggerakkan jarinya ke atas dan ke bawah.



*TEN POLES FLARE - TOWER*



Dari satu tempat yang sama, sepuluh orang lidi saiz manusia biasa tiba-tiba keluar dari dalam tanah, dan badan mereka semua berapi-api. Panas, sangat panas. Orang-orang lidi itu saling menindih satu sama lain.

Panas!

Krak~ krak~ bunyi kayu terbakar. Kulit muka terasa bahang panas, sungguh tak selesa.


Daun pelepah pokok nipah di sekeliling mereka mula mengering dan menjadi abu.

Krak~ krak~ bunyi kayu terbakar.

Tanpa disangka, kesemua sepuluh orang lidi berapi tadi tenggelam ke dalam tanah, dan hilang.


Lelaki misteri bernama Schrodinger itu masih mengekalkan wajah tanpa emosinya.



".......?"


Tiba-tiba, sepuluh orang lidi tadi muncul betul-betul di sekeliling lelaki misteri itu, lalu dengan pantas bergabung dan membentuk menara api dan menelan Schrodinger!

Tubuh Schrodinger hilang dimakan menara api Haikal. Api marak dan terus marak, menjulang tinggi ke langit.



Sungguh panas!

Krak~ krak~ bunyi kayu terbakar.


Fuuuum! Bunyi derusan angin panas yang naik bersama-sama api yang menjulang tinggi ke langit.

Krak~ krak~ bunyi kayu terbakar.

Udara sekeliling menjadi panas, sangat panas. Udara panas yang masuk ke lubang hidung terasa sampai ke otak, otak seperti dicucuk-cucuk.



"Simpan tenaga kamu, White Rabbit."


Schrodinger muncul di belakang Haikal.

Eh, Schrodinger entah dari mana tiba-tiba di belakang Haikal! Tangan kiri Schrodinger sedang memegang sebilah pedang, yang bilahnya sangat panjang, panjang sehingga hujung pedang tu hampir mencecah tanah.

Faiz tahu Haikal dalam bahaya.

Haikal berpusing untuk menghadap Schrodinger.

Haikal melukis sesuatu di udara.

Schrodinger menghayun pedangnya melintasi dada Haikal.

Haikal hilang.

Haikal tiba-tiba muncul di sisi Faiz.

Rupanya Faiz yang 'mengalihkan' tubuh Haikal agar Haikal terselamat dari dipotong Schrodinger.

Schrodinger muncul di atas Faiz. Mata pedangnya tepat menghala ke arah kepala Faiz.


*PROMINENT FLARE - DRAGON*


Tangan Haikal mengeluarkan api yang membentuk naga lalu menyambar tubuh Schrodinger. Schrodinger tercampak masuk ke dalam air paya.

Satu lonjakan air dan kelodak dari dasar paya menghilangkan tubuh Schrodinger.

Tiba-tiba Schrodinger muncul di belakang Haikal, lalu menendang tulang belakang Haikal.

Haikal menjerit kesakitan yang teramat sangat.


"Waaaaaaaaaaaahhhhhhh!!!"


Schrodinger hilang lalu muncul di hadapan Faiz. Satu tendangan tepat mengenai perut Faiz. Faiz rebah. Rasa nak terkoyak perut Faiz, terlalu sakit.


"Baappaaaakk aaaaahhhh!!"


Haikal menstabilkan dirinya, lalu memberi satu tumbukan padu yang hinggap di dada Schrodinger. Schrodinger tidak menunjukkan sebarang reaksi sakit. Wajahnya masih tidak menunjukkan apa-apa emosi. Haikal sekali lagi menghayun tumbukan, kali ni dia ingin menumbuk kepala Schrodinger.

Schrodinger menepis tumbukan Haikal dengan tangan kanan dan terus menumbuk dada Haikal dengan mengunakan tangan kirinya.

Terpelanting tubuh Haikal.

Tetapi Haikal pantas berdiri dan menstabilkan diri lalu melukis sesuatu di udara.


*HUNDRED POLES FLARE - WALL*


Ratusan orang-orang lidi berapi muncul di antara Haikal dan Schrodinger lalu membentuk dinding api bersaiz gergasi.

Bahang panas yang datang dari dinding api gergasi itu seolah-olah menolak tubuh Haikal ke belakang. Panas, pedih. Pedihnya kepanasan bahang ini membuatkan Haikal terpaksa toleh mukanya ke tepi kerana terlampau perit dicucuk-cucuk bahang ini.

Lalu dinding api gergasi ini runtuh dan menghimpap Schrodinger.


"White Rabbit. Sudahlah, sia-sia sahaja."


Sekali lagi, Schrodinger muncul secara tiba-tiba di kiri Haikal dan menghayun tangan kirinya, tapi sebelum sempat mata pedangnya menyentuh tubuh Haikal...


*LEY LINES - VOID*


Faiz menggunakan ilmunya. Haikal hilang sekali lagi dan tiba-tiba muncul di atas Schrodinger. Tetapi sepantas kilat Schrodinger menendang Haikal sehingga terpelanting masuk ke dalam air paya.

Schrodinger masih tidak menunjukkan sebarang emosi. Tangan kirinya masih memegang pedang yang sangat panjang bilahnya. Menakutkan.

Tetapi Haikal masih tidak putus asa. Dia melompat keluar dari air paya lalu melukis sesuatu di udara.

Malangnya Schrodinger sekelip mata muncul di belakangnya dan terus menendang tulang belakang Haikal. Haikal tercampak jatuh betul-betul berhampiran dengan Faiz.

Haikal pengsan.

2 comments:

依之汉 said...

Isi menarik bro. Gaya bahasa boleh diperindahkan lagi agar meresap jiwa dan emosi ketika membaca. Aku yakin kau boleh sebab kita ni kan avid readers!

Teruskan usaha! Teruja aku membacanya.

Anonymous said...

nice!