Sunday, 14 October 2012

Teaser 3 : Fortaleza de la Malacca

Diari Haikal... 2008

Semua orang boleh berjaya kalau ada usaha.

Itu yang aku percaya.  Orang yang selalu tangguh-tangguh, leka, yang lambat buat kerja ialah orang yang loser. Kita tak boleh tunggu, kalau ada sesuatu nak buat, terus buat, kalau kita berlengah-lengah, takde sesiapa nak tunggu kita. Aku pun taknak tunggu orang pemalas, menyusahkan, beban.


Aku sentiasa dapat apa yang aku mahu, kerana aku berusaha, aku berusaha untuk dapatkan apa yang aku mahu, dan dalam hidup aku, semua yang aku pilih is the best! Jenama datang dari kualiti terbaik, kekasih aku yang hot datang kerana kualiti diri aku!


Aku mahukan yang terbaik untuk diri aku, aku tidak boleh malas atau lambat. Aku tak mahu sisa orang lain. Aku juga benci mengharapkan bantuan orang lain. Aku tak suka buat muka simpati minta tolong orang lain. Aku tak suka jilat kasut orang lain. Aku benci orang yang hidup bergantung pada orang lain, sotong takde tulang!


Aku percaya Tuhan cipta bumi ini dengan adil, semuanya hidup adil, kau berusaha maka kau dapat apa yang kau mahu.


Bila kau berhenti berusaha dan mula jadi pemalas yang serahkan segala-galanya pada orang lain, maka kau boleh pergi mati supaya tidak menyusahkan orang lain lagi.


Jangan jadi pemalas, dunia ini adil.




Hilir Melaka... 1588 


Haikal terjaga secara mengejut, macam baru dapat mimpi ngeri. Dia tercungap-cungap. Dia kesat hujung bibirnya. Darah. Schrodinger dan Faiz hanya melihat Haikal dari jauh. Schrodinger seperti biasa dengan wajah tanpa emosi, dan Faiz sangat risaukan Haikal. Tapi malangnya tubuhnya sendiri lemah setelah ditendang beberapa kali oleh Schrodinger.




"Jahanam... celaka betul"



Haikal perlahan-lahan bangun dan cuba berdiri. Kemarahannya meluap-luap.


"Haikal jangan! Sudah la! Stop, maybe kita boleh slow talk dengan orang ni, jangan paksa diri lagi"


"Bodoh! Diamlah! Kalau kau takut taknak masuk, biar aku je settlekan, paham!"


Terdiam Faiz dimarahi Haikal. Tapi apa dia boleh buat, dia sendiri lemah. Dia hanya mampu berdoa agar ada sesuatu yang menghalang Haikal pergi berlawan sampai mati. Faiz mula bergenang air mata. Angin bertiup lembut. Schrodinger hanya melihat. Haikal berjalan terencut-encut ke arah Schrodinger, dalam kemarahan.


"Alright, tell me now.. What did you hide from us? Hantar kami balik la celaka!!"


"I'm trying... tapi awak asyik pukul saya."


Tiba-tiba ada satu suara yang menegur mereka bertiga. Suara lelaki dewasa tetapi sedap didengar, lunak, tenang bila dengar suaranya, walaupun sepatah dua sahaja yang mereka dengar tadi.



"Wait... bertenang"


Muncul seorang lelaki bergaya, berbaju kemeja putih bersih berlengan panjang, berseluar slack hitam, pakaiannya nampak mahal dan berjenama. Lelaki berbangsa Inggeris ini kelihatan tinggi, tapi mungkin kerana  karismanya dan posturnya yang tegap bergaya menampakkan dirinya tinggi.


"Jangan bergaduh, dalam business ada masa yang kita boleh bergaduh, tapi bukan skang. Marilah bawa berbincang"


Suaranya sangat menenangkan, fasih berbahasa melayu rupanya orang Inggeris ini. Mendengar suara dia terasa sejuk hati ini, sedap, rasa mesra di telinga. Haikal pun turut tenang mendengar suara lelaki yang tiba-tiba muncul ini. Lelaki ini senyum apabila melihat semuanya mula bertenang dan mendiamkan diri.


"Hah, macam ini lah bagus. Jangan jadi keras kepala, alangkah ruginya jika kepala dan minda menjadi keras seperti gading"


Lelaki misteri ini menghampiri Faiz, senyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam sambil memperkenalkan dirinya.


"I'm Mr.Kurtz."


Faiz terpinga-pinga dan sambut salam Mr.Kurtz.




"Oh ah ye ye my name Faiz."


Kemudian, Mr.Kurtz berjalan dengan penuh karisma menghampiri Haikal. Dia senyum tapi Haikal masih tidak puas hati, masam muka.


"Alright, straight to the point, kau boleh hantar kami balik ke dunia kami?"


Mr.Kurtz berhenti berjalan, tapi semuanya masih nampak tenang. Faiz masih risau kalau Haikal tiba-tiba mengamuk macam tadi. Tapi Faiz percaya, lelaki misteri ini mampu tenangkan Haikal dengan kata-katanya.


"Haha, oh orang muda, tidak perlu tergesa-gesa seperti gading menusuk tubuh musuhnya, bertenang dahulu, kita bincang."


"Wei, simple je soalan aku, kau boleh tak hantar kami balik?"


"Hoho, tentulah boleh, boleh boleh, tapi tidakkah kamu hendak tahu, atas sebab apakah kamu tersangkut di sini, di dunia ni, di 'zaman' ini?"


"No. Just send us home. Aku nak balik, celaka."


"Alright, biar saya berbicara dengan bahasa yang kamu selesa mendengar"


Mr. Kurtz tersenyum. Dia gosok bibirnya beberapa saat kemudian merenung tajam mata Haikal.



"
Well first, you kena faham, you sangkut di dunia ni, bukan salah I, I datang ni pun sebab nak tolong you, and I ada jawapan kepada semua kekalutan dan masalah ini."


Faiz tercengang. Dia sangat keliru dan tertanya-tanya mengapa Mr.Kurtz tiba-tiba datang untuk menghulurkan bantuan, mesti ada sebab di sebalik tujuan Mr.Kurtz dan Schrodinger datang secara tiba-tiba.


"Tapi, kenapa awak datang untuk tolong kami tiba-tiba, mesti ada sebab, saya tak percaya awak datang tolong suka-suka"


"Hehehe, betul, I'm doing business here."


Haikal mula tak senang hati.


"But, please understand. Bukan salah I yang meyebabkan you berdua ada di sini, tapi, tapi I tahu sebab apa you berdua boleh sangkut di sini. I boleh taknak masuk campur, but why should I, I boleh buat untung kalau I tolong you berdua, that is why i datang, and terpaksa masuk campur"


"So apa yang kau nak?"


"Haha I like you! I suka cara you budak, straight to the point seperti gading yang menunjuk langit! Alright, alright, let see, mmhm ok, apa kata you berdua jawab tiga soalan I. If tiga-tiga jawapannya betul, I akan hantar you berdua balik ke tahun 2009, deal?"


"Alright setuju, deal, ok apa soalan-soalannya?"



Mr.Kurtz ketawa, ketawa, dan ketawa besar, kemudian dengan senyuman lebarnya dia mula  memberi soalan pertama.


"Soalan ini cuma ada satu jawapan. Apakah yang patut kita lakukan terhadap orang hipokrit?"


Mr.Kurtz senyum, senyumannya memanjang dan memanjang dan betul-betul kelihatan seperti gading gajah Afrika yang mencanak panjang melengkung menembusi awan. Senyuman keji yang menusuk hati sesiapa sahaja yang sedang melihatnya.


"Ehem, saya ulang, apakah yang patut kita lakukan terhadap orang hipokrit?"



Wednesday, 3 October 2012

Teaser 2: Fortaleza de la Malacca (Part 2)

Hospital Confraria da Misericordia, Kota Melaka... 

Pedro Escobar, guru yang menjaga Faiz dan Haikal di zaman ini sedang sibuk memeriksa tahap kesihatan anak-anak dara Portugis yang baru tiba dari Lisboa. 

Anak-anak dara ini kemudian akan dikahwinkan dengan pegawai-pegawai, pedagang, kelasi, dan soldadu Portugis yang berkhidmat di Melaka.

Jumlah gadis muda yang tiba kali ni lebih ramai dari biasa, dua buah kapal, jadi untuk hari ni Pedro tidak dapat meluangkan masa untuk mengajar Faiz dan Haikal. 


Tetapi...

Tetapi gerak hati dia mengatakan yang sesuatu buruk akan berlaku, dan anak-anak muridnya perlukannya.


Hilir Melaka...

Haikal menggenggam tangan sambil mengingati semua yang telah diajar oleh Pedro Escobar. Dia melukis dua bulatan imaginasi di udara, kemudian menggerakkan jarinya ke atas dan ke bawah.



*TEN POLES FLARE - TOWER*



Dari satu tempat yang sama, sepuluh orang lidi saiz manusia biasa tiba-tiba keluar dari dalam tanah, dan badan mereka semua berapi-api. Panas, sangat panas. Orang-orang lidi itu saling menindih satu sama lain.

Panas!

Krak~ krak~ bunyi kayu terbakar. Kulit muka terasa bahang panas, sungguh tak selesa.


Daun pelepah pokok nipah di sekeliling mereka mula mengering dan menjadi abu.

Krak~ krak~ bunyi kayu terbakar.

Tanpa disangka, kesemua sepuluh orang lidi berapi tadi tenggelam ke dalam tanah, dan hilang.


Lelaki misteri bernama Schrodinger itu masih mengekalkan wajah tanpa emosinya.



".......?"


Tiba-tiba, sepuluh orang lidi tadi muncul betul-betul di sekeliling lelaki misteri itu, lalu dengan pantas bergabung dan membentuk menara api dan menelan Schrodinger!

Tubuh Schrodinger hilang dimakan menara api Haikal. Api marak dan terus marak, menjulang tinggi ke langit.



Sungguh panas!

Krak~ krak~ bunyi kayu terbakar.


Fuuuum! Bunyi derusan angin panas yang naik bersama-sama api yang menjulang tinggi ke langit.

Krak~ krak~ bunyi kayu terbakar.

Udara sekeliling menjadi panas, sangat panas. Udara panas yang masuk ke lubang hidung terasa sampai ke otak, otak seperti dicucuk-cucuk.



"Simpan tenaga kamu, White Rabbit."


Schrodinger muncul di belakang Haikal.

Eh, Schrodinger entah dari mana tiba-tiba di belakang Haikal! Tangan kiri Schrodinger sedang memegang sebilah pedang, yang bilahnya sangat panjang, panjang sehingga hujung pedang tu hampir mencecah tanah.

Faiz tahu Haikal dalam bahaya.

Haikal berpusing untuk menghadap Schrodinger.

Haikal melukis sesuatu di udara.

Schrodinger menghayun pedangnya melintasi dada Haikal.

Haikal hilang.

Haikal tiba-tiba muncul di sisi Faiz.

Rupanya Faiz yang 'mengalihkan' tubuh Haikal agar Haikal terselamat dari dipotong Schrodinger.

Schrodinger muncul di atas Faiz. Mata pedangnya tepat menghala ke arah kepala Faiz.


*PROMINENT FLARE - DRAGON*


Tangan Haikal mengeluarkan api yang membentuk naga lalu menyambar tubuh Schrodinger. Schrodinger tercampak masuk ke dalam air paya.

Satu lonjakan air dan kelodak dari dasar paya menghilangkan tubuh Schrodinger.

Tiba-tiba Schrodinger muncul di belakang Haikal, lalu menendang tulang belakang Haikal.

Haikal menjerit kesakitan yang teramat sangat.


"Waaaaaaaaaaaahhhhhhh!!!"


Schrodinger hilang lalu muncul di hadapan Faiz. Satu tendangan tepat mengenai perut Faiz. Faiz rebah. Rasa nak terkoyak perut Faiz, terlalu sakit.


"Baappaaaakk aaaaahhhh!!"


Haikal menstabilkan dirinya, lalu memberi satu tumbukan padu yang hinggap di dada Schrodinger. Schrodinger tidak menunjukkan sebarang reaksi sakit. Wajahnya masih tidak menunjukkan apa-apa emosi. Haikal sekali lagi menghayun tumbukan, kali ni dia ingin menumbuk kepala Schrodinger.

Schrodinger menepis tumbukan Haikal dengan tangan kanan dan terus menumbuk dada Haikal dengan mengunakan tangan kirinya.

Terpelanting tubuh Haikal.

Tetapi Haikal pantas berdiri dan menstabilkan diri lalu melukis sesuatu di udara.


*HUNDRED POLES FLARE - WALL*


Ratusan orang-orang lidi berapi muncul di antara Haikal dan Schrodinger lalu membentuk dinding api bersaiz gergasi.

Bahang panas yang datang dari dinding api gergasi itu seolah-olah menolak tubuh Haikal ke belakang. Panas, pedih. Pedihnya kepanasan bahang ini membuatkan Haikal terpaksa toleh mukanya ke tepi kerana terlampau perit dicucuk-cucuk bahang ini.

Lalu dinding api gergasi ini runtuh dan menghimpap Schrodinger.


"White Rabbit. Sudahlah, sia-sia sahaja."


Sekali lagi, Schrodinger muncul secara tiba-tiba di kiri Haikal dan menghayun tangan kirinya, tapi sebelum sempat mata pedangnya menyentuh tubuh Haikal...


*LEY LINES - VOID*


Faiz menggunakan ilmunya. Haikal hilang sekali lagi dan tiba-tiba muncul di atas Schrodinger. Tetapi sepantas kilat Schrodinger menendang Haikal sehingga terpelanting masuk ke dalam air paya.

Schrodinger masih tidak menunjukkan sebarang emosi. Tangan kirinya masih memegang pedang yang sangat panjang bilahnya. Menakutkan.

Tetapi Haikal masih tidak putus asa. Dia melompat keluar dari air paya lalu melukis sesuatu di udara.

Malangnya Schrodinger sekelip mata muncul di belakangnya dan terus menendang tulang belakang Haikal. Haikal tercampak jatuh betul-betul berhampiran dengan Faiz.

Haikal pengsan.

Teaser 1 : Fortaleza de la Malacca (Part 1)

"Die Wahrheit ist das Ganze," 
- Hegel

Sudah 2 minggu Faiz dan Haikal sesat di Kota Melaka di zaman Portugis, dan sejak hari pertama lagi Faiz teruja berada di masa silam, yang langsung tidak sama seperti dia bayangkan semasa baca buku teks dan Google. 

Malangnya... Haikal pula...


Malangnya Haikal pula setiap hari memikirkan cara untuk membawa mereka berdua kembali ke tahun 2009. Faiz acuh tak acuh menolong Haikal, kalau boleh Faiz taknak balik ke masa depan. Di sini dia hebat, di masa depan dia loser.

Di masa depan dia seorang yang tidak berguna.


Faiz tidak mahu balik ke masa depan.



Hilir Melaka.... 1588 Masihi

Hari ini sejuk seperti biasa.

Peliknya tahun 1588 ni hujan kurang tapi cuaca selalu sejuk, walaupun waktu tengah hari. Faiz sedang berjalan-jalan memerhatikan suasana di Hilir, dan kerana terlalu teruja dia tidak sedar dia sudah berjalan sampai ke Bukit Pipi.

Dua remaja Portugis yang baru berkahwin sedang berjalan menaiki puncak Bukit Pipi. Faiz kenal si suami tu, Afonso namanya. Seorang kelasi yang penakut. Faiz tidak bercadang untuk ikut mereka. Dia terus berjalan menuju ke Saba, kampung Melayu, tempat tinggal Bayu.


Bayu, pemuda panas baran yang hampir membunuh Faiz dan Haikal di Tengkera beberapa hari lepas, dan entah kenapa Faiz memberanikan dirinya mencari Bayu.


Faiz berhati-hati berjalan merentasi kawasan paya.


Kawasan paya nipah ini lebih sunyi dari kawasan Bukit Pipi yang sememangnya sunyi. Dia mula menyesal berjalan seorang diri.


Faiz rasa seram sejuk.


Dia berdoa tiada buaya di dalam air.


Dia berdoa orang Melayu dari Kampung Saba tidak menyerang hendap dia.


Dia berdoa dia tidak jatuh ke dalam paya.


Dia ternampak seorang lelaki Inggeris sedang duduk di celah-celah pokok nipah.


Eh, seorang lelaki Inggeris? Apa dia buat kat situ?



"Oh White Rabbit, I'm waiting for you." 


Lelaki Inggeris itu berkata dengan muka kaku tanpa sebarang emosi kelihatan. Menakutkan, macam patung bercakap. Faiz mula berasa hairan kenapa ada orang Inggeris di zaman Portugis kat Melaka.



"Wait, how come, why an Englishman is here?"


Lelaki misteri itu masih tidak menunjukkan sebarang emosi menjawab,


"I'm not English, I am Austrian. I'm here for you. White Rabbit 1, white rabbit 2, aku dengar banyak cerita tentang kamu dan kamu..."



Lelaki misteri itu tunjuk ke arah seseorang di belakang Faiz. Oh, Haikal! Haikal rupa-rupanya dari tadi mengekori Faiz.

Haikal menahan marah. Haikal tahu lelaki misteri ini ada kaitan dengan peristiwa yang menyebabkan dia tersangkut di zaman Portugis ni.




"Kau kenal kitorang? Kau tahu kami berdua datang dari mana?"



Haikal tanya sambil berjalan menghampiri lelaki misteri itu.



"Aku rasa kau tahu kami ni siapa, and aku rasa kau tahu kenapa kami boleh tercampak ke sini, kan? Betul kan?!"



Muka lelaki misteri tu masih tidak menunjukkan sebarang emosi.



"Hai. My name... is.."


Haikal terus menerkam lelaki misteri tadi. Kemarahannya meluap-luap. Hampir koyak baju lelaki misteri tu ditarik Haikal. Seperti biasa lelaki misteri itu tidak menunjukkan sebarang emosi


"Hei celaka, cepat hantar kami balik!!"


"Hai. My name is Schrodinger."