Monday, 29 July 2013

Teaser 5 Anomali Epal Hitam

73 Tingkat Keangkuhan Manusia

"Geng, dah ready nak tau siapa sebenarnya musuh kita? Dan asal usul dorang?", tanya Faiz sambil menekan kunci Eternal perlahan-lahan masuk ke dalam tengkorak lembut si mumia Anak Belanda.

 

Haikal hanya mengangguk. Diam.




Apabila separuh dari kunci panjang itu terbenam ke dalam tengkorak, dibiarnya kunci itu tercacak menghala siling. Lalu Faiz menitiskan sebotol darah Rabbi Sutera ke atas kunci tadi.


Darah berwarna merah.


Secara perlahan, darah merah bertukar hitam.



Secara perlahan, darah hitam semakin banyak. Dari mengalir perlahan, tiba-tiba memancut laju.


Meleleh. Melimpah. Memenuhi lantai.


Lalu naik menjalar ke dinding, dan darah hitam itu membentuk pintu hitam pada dinding bilik bawah tanah itu.


"So. Inilah dia, usaha kita. Kejar Hantu Tengkorak Rempit yang suka menyanyi semata-mata nak curi kunci ni, korek-korek tanah bawah rumah Taiko Besar sebab nak cari mumia budak ni, dan..."


Faiz tak sempat habis bicara, Haikal menjentik hidung Faiz..


"Jom masuk. Aku tak sabar nak tahu pintu ni menuju ke mana."


Faiz yang sedang mengerutkan dahi tiba-tiba tersenyum. Faiz Abdullah terlebih teruja lalu berlari masuk ke dalam pintu hitam yang diperbuat dari darah itu.


Gelap gelita.




Sekeliling tubuh Faiz gelap tanpa cahaya. Sunyi tanpa bunyi.


Perlahan-lahan bunyi muncul.



Bunyi dengungan.



Bunyi dengungan semakin kuat.


Tiba-tiba senyap tanpa dengungan dan kegelapan pun hilang. Kini Faiz dan Haikal berada di dalam sebuah dewan besar yang gelap, yang mempunyai ribuan tiang-tiang batu. Anehnya Faiz gagal melihat dinding penghujung dewan besar ini. Dewan yang tidak ada penghujung luasnya?


"Selamat datang kalian."


Terkejut Faiz melihat ada takhta batu hijau zamrud tidak jauh dari mereka berdua.



Dan di atas takhta batu itu duduknya seorang lelaki cantik berambut panjang, alis mata panjang cantik melentik, wajah putih kemerahan, telinganya penuh subang-subang logam, pakaiannya kain cantik bersinar yang melilit kemas tubuh badannya, diserikan lagi dengan rantai berkilauan mengikat pinggangnya.


Walaupun berbalut kain, masih jelas kelihatan dada kerasnya. Lelaki tetapi bentuk wajahnya cantik seperti gadis. Lelaki misteri ini hanya senyum melihat mereka berdua masih ternganga mulut.



"Hehe. Jangan pandang aku dengan pandangan sadom."


Faiz tersengih-sengih. Haikal mula membetulkan posisi berdirinya, untuk kelihatan lebih bergaya.


"Kamu Hermes ke? Ketua paling ataaaaas sekali untuk 9 Lelaki Misteri" tanya Faiz. Lelaki berambut panjang tadi masih tersenyum.


"Tak. Saya bukan Hermes. Tapi saya memang seorang ketua. Ketua, tapi bukan paling ataaaaas."


"Oh. Jadi siapa ketua paling at..uum," sekali lagi tidak sempat habis kata-kata, Faiz diganggu Haikal, kali ini tapak tangan Haikal menutup mulut Faiz.


"Kami ada banyak soalan, tetapi cara kau senyum seolah-olah kau dah tahu, kau dah tahu kami akan datang sini, kau dah tahu jawapan kepada semua soalan kami, betul kan?"


Ya, lelaki berambut panjang itu masih tersenyum, terhibur dengan telatah dua remaja di hadapannya. Lalu lelaki ini berdiri dan berjalan meninggalkan takhtanya. Tegap badannya, otot ketul, dan apabila melihat gaya berjalan lelaki ini, hati yang lemah pasti menggigil kecut.


Lelaki berambut panjang ini berjalan ke arah kirinya.


"Kamu berdua, mari teman aku berjalan-jalan. Aku mahu kenalkan kamu berdua pada orang-orang penting."


Faiz tersenyum lebar kegembiraan. Akhirnya semua misteri akan terjawab. Haikal terdiam, dahinya berkerut.


"Kejap bro. Sapa nama awak?" tanya Faiz yang kini sudah berada di sisi lelaki misteri tadi. Tinggi lelaki misteri tadi hampir 2 meter. Jelas kelihatan kerdil si Faiz.


"Amrafi."




"Oh. Amrafi, awak nak bawa kami berdua jumpa siapa?"


"Permaisuri. Shamiramis."


Senyuman lelaki misteri bernama Amrafi ini semakin lebar.


"...dan Erias... dan Namrod. Oh jemput masuk."


Tanpa sedar mereka berdua tiba di penghujung dewan. Sebuah dinding gergasi yang penuh dengan lukisan mural gergasi. Lukisan mural yang bertemakan pelbagai jenis haiwan fantasi seperti singa bersayap, kuda berkaki enam, ular berkepala tiga. Dalam kegelapan agak sukar untuk meneka warna lukisan ini, tetapi jika diperhati secara dekat lukisan ini agak kebiruan.


Tiba-tiba pintu terbuka pada dinding batu itu. Muncul bilik kecil. Mereka bertiga masuk ke dalam bilik kecil itu. Lalu pintu batu itu tertutup semula. Mereka bertiga terkurung di dalam bilik kecil itu.


Bilik kecil yang pada mulanya gelap, tiba-tiba muncul cahaya putih di sebalik corak-corak dinding bilik itu menerangi setiap inci ruang.


"Waaah canggih. Haikal Haikal, cepat buat Archive tengok ini tahun bila."


"Bongok Faiz, aku dah try dari saat kita mula-mula sampai tadi."


"Oh. Oh so ni tahun berapa?"


"Masalahnya tak dapat. Takde apa-apa muncul kat lantai yang aku tepuk tu."


Amrafi ketawa mendengar kata-kata Haikal. Ternganga Faiz dan Haikal melihat Amrafi tidak henti ketawa.




"Hahahaha. Oh untuk pengetahuan kamu, zaman ini berada di luar jangkauan kuasa Archive. Hakikatnya Archive masih belum dicipta di zaman ni."


"Eh macam mana kau tahu pasal Archive kalau belum dicip..."


Sekali lagi Faiz tidak dapat habiskan ayatnya kerana daya tarikan graviti yang tiba-tiba wujud mengejutkan dia dan Haikal, terasa seolah-olah ditarik ke atas dengan laju.


"Grr yiiiii"


Dan tarikan graviti itu pun berhenti. Amrafi masih tersenyum. Faiz dan Haikal masih ternganga.


"Di zaman kamu berdua, ini dipanggil Lif."


"Oh my god, how, sapa kau ni hah?!" Haikal mula naik angin secara tiba-tiba.


Pintu bilik kecil ini terbuka perlahan-lahan. Cahaya terang dari luar meluru masuk. Bau-bauan wangi bercampur bau rempah mula menusuk hidung.


"Untuk pengetahuan kamu berdua, tadi kita berada di tingkat paling dalam bangunan ini, tingkat 40 bawah tanah. Sekarang..."


Terkejut, dan takjub, dan ternganga Faiz dan Haikal setelah keluar dari bilik kecil tadi dan melihat pemandangan di hadapan mereka.


"Hehehe sekarang kamu berdua berada di tingkat 33 menara Raja Namrod, dan di hadapan kamu ialah..."


"Babylon... kota Babylon" kata Faiz, perlahan.


"Salah. Babylon berada di selatan bandar ini."


"Inilah Kota Babel, kota yang diberkati Tuhan kerana menurunkan malaikatnya mengajar ilmu yang luarbiasa hikmatnya!!"


Kota Babel, Negara Sinyar... zaman Nabi Ibrahim

Cantiknya kota ini yang terbina di atas tanah rata yang luas tanpa sebarang bukit dan gaung. Hanya sungai yang mengalir di sekeliling dan di dalam kota, dan sebahagian kota ini seolah-olah terapung di atas tasik kehijauan kerana dibina terusan rapat pada dinding setiap bangunan.


Cantiknya kota ini banyaknya pohon-pohon hijau pelbagai jenis, ada yang menjalar, yang gagah tegak ke langit, yang terjuntai tergantung, berdaun halus, berdaun panjang, berdaun bersegi-segi. Juga dihiasi ribuan warna bunga-bunga yang kembang megah.


Cantiknya kota ini hampir setiap tingkat dan sudut bangunan-bangunan gergasi di Kota Babel ini ada taman-taman hijau, dengan rama-rama berterbangan. Di celah-celah setiap taman ini pasti ada air terjun kecil yang mengalir turun ke tingkat seterusnya. Di tingkat teratas setiap bangunan pasti ada taman dan air sungai!


Cantiknya kota ini, bangunan-bangunan gergasinya bertangga-tangga. Ada tangga kecil, ada tangga besar, bertingkat-tingkat membentuk ribuan piramid. Bukan piramid biasa, tetapi piramid bertangga-tangga. Ada tingkat tangga yang khas untuk taman hijau, ada tingkat tangga khas untuk rakyat bersiar menikmati kecantikan ciptaan manusia ini. Ada tingkat tangga khas menjadi sungai tiruan yang mengalir di atas 6 tingkat tangga yang lain.


Cantiknya kota ini ribuan tiang gergasi menghiasi bahagian luar setiap bangunan. Ada tiang-tiang menyokong taman di atasnya, ada tiang-tiang menyokong kolam air di atasnya lalu membentuk ruang pejalan kaki berteduh dibawahnya. Setiap tiang dihiasi cantik dengan corak geometri.


Cantiknya kota ini walaupun dipenuhi ribuan tiang, ratusan taman dan puluhan terusan, tetapi jalan raya nya tetap lurus, dan tersusun. Jalan-jalan lurus yang kecil akan bertemu satu jalan besar, di mana jalan besar yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, di atasnya tergantung puluhan jambatan batu yang dihiasi taman bunga. Jalan besar ini menghubungkan Istana Terapung Raja Namrod dengan Menara Namrod yang sedang dibina ini.


Istana Namrod juga berbentuk piramid bertangga tetapi puncaknya ialah Kubah Batu yang memancut ribuan air terjun kecil kebiruan yang jatuh pada taman-taman hijau dan merah di tingkat seterusnya.


"Menakjubkan? Tunggulah sehingga menara ini siap dibina, nama kami akan abadi selamanya, Raja-Raja yang membina Kota Teragung."


Faiz berkerut dahi dan merenung mata Amrafi.


"Nanti kejap. Kalau ini Kota Babel, maknanya ini Tower of Babel. Kalau ini Tower of Babel, maknanya Tower ni nanti... tambahan pula raja kota ni Raja Namrod! Namrod yang lawan Nabi Ibrahim tu kan? Maknanya bila-bila je kota ni akan dimusnahkan Allah. Dan skang kita kat sini? ...... Alamak"


Kebengisan Amrafi tiba-tiba terserlah pada wajahnya. Mukanya merah menyala.


"Dan kami bersusah payah membina kota ini lalu Tuhan mahu menghancurkannya pula? Apakah itu sahaja yang Tuhan tahu lakukan, menghancurkan?"


"Apa yang kau mengarut ni bodoh. Satu dunia ni, satu dunia yang kau hidup ni, penciptanya ialah Allah. Tengok diri kau. Cantik kan? Penciptanya ialah Allah. Tengok langit tu. Boleh ke kau buat langit? Yang warnanya boleh bertukar-tukar.Penciptanya ialah Allah," jerit Haikal.


Faiz cuba meluahkan kata-kata, tapi mulutnya ditutup tangan Haikal.



"Nak tahu kenapa kota ni akan dimusnahkan? Semuanya kerana kaum kau terlalu sombong! Sombong mencabar Tuhan, sombong kerana sangka diri terlalu kuat!"


Amrafi tersenyum, "Oh pencipta dunia ini ialah Allah... Jadi bagaimana kalau aku boleh wujudkan satu lagi diri aku, menghasilkan langit yang boleh bertukar warna? Hehehe adakah aku layak menjadi tuhan kamu?"




Haikal dah beristighfar. Faiz menepuk-nepuk bahu Haikal. Lalu Faiz berbicara dengan Haikal melalui hati ke hati agar tidak didengari Amrafi.


"Geng, relax, lelaki ni nak test kita je. Biar aku cakap dengan dia."


Amrafi tersenyum riang melihat Haikal terdiam.


Faiz mula bertutur dengan suara riang, "Amrafi, pertama kali saya lihat kota yang begitu cantik. Terima kasih tunjukkan saya kota ni."


Amrafi tersenyum lalu berjalan ke satu sudut, lalu turun melalui anak tangga untuk ke tingkat seterusnya. Faiz dan Haikal berlari anak mengikuti langkah Amrafi.


"Tetapi kan... Apa yang buat kamu begitu marah pada Tuhan? Sehingga membina menara untuk mencabar Tuhan."


"Jawapannya ringkas, Tuhan pernah musnahkan kota kami."


"Oh jadi ini membalas dendam?"


"Salah. Ini pengisytiharan perang. Kami akan buat apa sahaja yang boleh mencetuskan kemarahan Tuhan. Bina menara ni. Menggalakkan rakyat belajar kitab terlarang. Bekerjasama dengan syaitan. Apa sahaja, asalkan boleh menaikkan kemarahan Tuhan."


Faiz dan Haikal ternganga luas.


"Giler ko. Isytihar perang dengan Tuhan." balas Haikal.


"Kejap, dulu kota korang dimusnahkan, tapi kenapa ye, tengok gaya cara kamu bercakap, macam kamu yakin je Kota Babel ni takkan dapat dimusnahkan."


"Ya aku yakin."


Berkerut dahi Faiz menyaksikan keangkuhan Amrafi.


"Wow, kenapa? Kenapa kau begitu yakin ni?"


"Hehehe Permaisuri Shamiramis..."


"Permaisuri Shamiramis?"


Amrafi berhenti berjalan. Faiz dan Haikal melihat ada seorang gadis berdiri di hadapan Amrafi. Manis tersenyum, anak mata berwarna ungu, rambut merah bersanggul, sanggulnya dihiasi jejarum yang dipenuhi batu kehijauan.


Gadis cantik berkulit putih, bibir merah, bergaun putih menutupi kedua bahunya dan sebahagian dadanya, mula mengerakkan bibirnya dengan lembut.


"Wahai anak-anak ku. Marilah ke rumah suamiku, rajamu, Raja Namrud. Kita akan menerima ahli keluarga baru. Yang Terpenting."


Lalu gadis cantik tadi berjalan lemah lembut meninggalkan mereka bertiga. Amrafi meminta diri kerana ingin menemani gadis tadi, lalu ditunjuknya jalan besar menuju Istana Namrod sebelum berjalan pergi. Maka tinggallah Faiz dan Haikal, berdua di kota asing sekali lagi. Faiz laju menepuk bahu Haikal.


"Weyh Haikal, habis yang mana satu Hermes? Yang mana satu akan jadi musuh kita nanti?"


"Mana lah aku nak tau, kau yang terhegeh nak datang sini, kononnya sini ada rahsia terpenting. Kalau kau nak cari musuh, itu tadi Amrafi tu. Nak je aku sumbat mulut dier dengan Spear of Lugh aku."


"Rahsia terpenting? Kejap tadi awek tu ada cakap pasal Yang Terpenting kan?"


"Maknanya... Hermes ialah... Yang Terpenting?"


"Jom Haikal, kita masuk Istana Namrud skang."


Hakikatnya mereka berdua tidak tahu, Yang Terpenting hanyalah seorang bayi, anak Permaisuri Shamiramis.